Thursday, 22 March 2012

PERTEMUAN PERTAMA............

"Lalu ada siapa?"

Amat tahu langit yang akan ditatapnya esok, tetap akan sama dengan langit yang ditatapnya sekarang. Kalau berbeza sekalipun, mungkin larik-larik awan. Entah mengapa angin hari ini kuat. Mungkin angin kuat itu juga yang menjadi berus langit, mewarnanya dengan awan. Ah, itu logik Amat. Logik orang kampung.



"Kalau hanya aku? Mengapa?"

 "Kalau hanya aku? Mengapa?"

Murni tidak pernah berasa seperti ini. Tangannya sesekali berasa sejuk, seperti kurang darah. Digosok-gosok tapak tangannya, semoga darah kembali ke situ. Tidak tahu Murni atas sebab apa dia buat begitu, cuma biasanya di filem-filem barat yang ada salji memang itulah cara mereka, mengosok-gosok tapak tangan. Tetapi Murni tetap berasa tangannya sejuk.

"Kalau hanya ada kau, itu hal besar. Kau tahu, aku perempuan dan kau lelaki. Memanglah ilmu agama aku tidak tinggi, tapi aku tahu tinggi mana nafsu orang seperti kita, yang kurang ibadahnya."

Amat cuba tersenyum, tetapi tertahan entah di mana. Sekejap terasa tertahan di dada, sekejap terasa tertahan di kerongkong. Susahnya juga mahu senyum pada sesuatu yang bernama kebenaran. Mungkin sahaja kerana kebenaran itu tidak memihak kepada dia.
"Kalau begitu, kita pulang sahaja."




Murni berpaling memandang jalan raya tar yang belum diberi garis. Rumput-rumput di tepi jalan sudah meninggi. Tidak ada yang mahu memotongnya kerana upah yang ketua kampung beri, adalah upah tahun 70-an. Rendah dan menghina. Fikiran Murni larut pada rumput-rumput yang meninggi itu, dia tersenyum.

"Itulah yang seeloknya."

Amat ke barat dengan langkah yang seperti punya mata, memandang ke langit, melihat awan yang dia tahu ada namanya, tetapi dia tidak peduli. Kerja memberi nama kepada alam ini adalah kerja orang putih. Itulah fikirnya. Namun sesekali dia tetap yakin, langit itu akan tetap sama, hari ini, esok, lusa dan sehingga dia mati. Langkahnya pun menjauh.


 "Saya balik dulu.

 Murni ke timur. Ke arah rumput yang meninggi. Tangannya sudah mula terasa darahnya, panas. Aneh rasanya. Kuasa apa yang membuat tangannya sejuk tadi? Biarlah kuasa apapun. Yang penting, dia tahu dia semakin jauh, dan fikirannya terus kepada soalan, mengapa jalan tar itu belum diberi garis?


Cerita di atas diambil dari I luv u islam...Komen saya... Cerita ini mengisahkan Amat dan Murni yang memikirkan masa depan mereka. pada masa akan datang...

JATUH....????

Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya.



Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan.



Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.





Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman;


"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah) 


Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak menjadi sang terbang bebas lagak helang.



Cerita ini juga diambil dari I Luv U islam....Pada pendapat saya, setiap masalah, halangan, rintangan, dan kesusahan yang dihadapi oleh setiap ciptaan Allah, pasti ada jalan penyelesaian...janganlah kita mudah mengalah serta berputus asa, kerana setiap masalah ada hikmah disebaliknya.

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia






Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.


Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.



 "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14] 

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku


Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. 


Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.


Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.


Saat aku dan dia menjauh


Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.


Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.


Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. 


Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.


Jarak ini menjaga aku dan dia




 Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.


Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.


Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.


"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )


Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. 


Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia



cerita ini diambil dari I Luv u Islam...mengisahkan kasih dan cinta seseorang hamba kepada tuhan-Nya...

Cinta suami dan redha ilahi.......

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.


Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.





 Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami.




Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.


Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.


Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.


Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

Dating Dengan Dia



Rindunya rasa kalau tak dapat dating dengan DIA tambah-tambah lagi kalau tak dapat "dating" dengan dia untuk 5 kali sehari, tak sah lagi tak lengkap hidup ini rasanya. Tambahan pula tak kala terdengar panggilan dari –Nya lagi bertambah tak sabarlah diri ini lagi untuk "dating" dengan DIA.

                                                                  
                                                                      اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ.

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ. أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ.

حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ


اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ

Hebat sungguh penangan panggilan mu Ya Allah .
Ya Allah, izinkanlah diri ini untuk sentiasa dapat "berdating" dengan mu bukan sahaja sehingga akhir hayat ku tetapi sehingga dapat ku "berdating" dengan mu di Syurga mu Ya Allah untuk selama-lamanya. 




"Dating"

Risau hati ini memikirkan untuk "berdating" dengan DIA.
Dah cantik ke aku nie? Perlu pakai mekap tebal-tebal ke atau perlu menambahkan perhiasan lagi ke pada diri ini?


Ye ke perlu semua tu, TIDAK. DIA, Allah tidak melihat semua itu, cantik rupa secara zahirnya dan tak mampu jika nak dilawankan dengan cantiknya hati mu yang tersembunyi di dalam zahir mu itu untuk "berdating" dengan DIA. DIA hanya memerlukan hati mu yang ikhlas semasa bertemu–Nya, ikhlas menghadap–Nya dan ikhlas menyembah-Nya dalam sujud mu.
Berhias? Perlukah?



"Berdating" dengan DIA cukup hanya menutup aurat tak perlulah nak berhias-hias. Malah disuruh–Nya lagi menutup segala perhiasan mu yang tersembunyi kecuali muka dan kedua telapak tangan mu. Aurat mu penting ketika bertemu dengan–Nya.
Mudahnya "berdating" dengan DIA,
Indahnya dapat "berdating" dengan DIA,
Tak rugi "berdating" dengan DIA,



Ini yang membuatkan hati ini lagi bertambah sentiasa ingin sangat "berdating" dengan DIA, "berdating" dengan DIA di dalam solat ku, berbicara, menyembah dan sujud kepada–Nya dan aku ingin DIA menjadi kekasih ku dari awal pertemuan sehinggalah akhir hayat ku, Insyallah.

Ya Allah, izinkanlah untuk aku terus dan sentiasa dapat bertemu dengan mu, tak kira dimana, tak kira ketika.


Aku ingin "berdating" dengan mu setiap masa Ya Allah.

Yoga- senjata rahsia bagi mengatasi kesakitan







 
Siapa yang mahukan badan yang ramping, fleksibel, kuat, dan bebas dari kesakitan dan apakah yang anda ingin badan anda lakukan, bila anda ingin ia lakukan? sudah tentu hampir semua orang.

Tetapi mengapa ramai orang dalam masyarakat kita yang menderita kesakitan datau ketidakselesaan dan sendi mereka sakit dan menjadi tua sebelum waktunya. Dan mengapa sakit belakang menjadi masalah paling teruk???

Ini kerana kita tidak menggunakan sendi kita sepenuhnya dan kita tidak cukup menggerakkannya. Jadi otak kita tidak dapat mengawalnya dan menyebabkan otot kita terkejut, meregang dan menjadi ketat. Keseluruhan biomekanik di dalam sistem badan kita menjadi tidak terkawal. Ini akan menyebabkan ia terbuka untuk mendapat kecederaan.


Apa yang dapat kita lakukan mengenainya? YOGA. Itulah dapat kita lakukan! Sebelum anda berfikir, 'Oh tidak!' kali ini telah berhenti membaca, dengar dahulu kenapa saya mencadangkan perkara ini dalam kehidupan seharian, terutamanya kepada rakyat kita yang semakin matang. 

 Yoga bukanlah sesuatu yang aneh tetapi ia merupakan suatu bentuk senaman yang lembut menguatkan dan meregangkan badan anda.Ia tiada kaitan langsung dengan keagamaan. Anda boleh memakai seluar pendek biasa@ baju -T , seluar trek @ pakaian seperti ahli gimnastik. 

Tidak semestinya orang perempuan sahaja yang melakukan yoga! Ini cuma segelintir lelaki yang mengganggap senaman ini terlalu kolot untuk dilakukan, walaupun pada hakikatnya ia adalah senaman yang bertenaga dan paling berfaedah.


Antara sebab lain lelaki suka melakukan sukan lain ialah apabila mereka memasuki kelas yoga, mereka ngeri melihat badan menjadi kaku, lalu berhenti. SAUDARA... jangan lah begitu, teruskan melakukannya. Anda akan menjadi tenang dan takjub dengan keadaan anda sejauh mana permainan tennis dll. 

Anda boleh melakukan kelas permulaan,pertengahan atau sudah mahir dan lakukan atas kemampuan anda sendiri.


Oleh yang demikian, jika anda menderita sakit belakang, sakit tengkuk, sakit sendi, kekauan, atau berasa selesa dan ingin lebih dari itu, tingkatkan keupayan badan anda, bebaskan sendi anda dan dapatkan tenaga, berilah peluang untuk mencuba yoga. Anda perlu bekerja keras untuk beberapa bulan permulaan untuk memberi peluang tubuh anda meregang dan bertenaga kemudian anda dapat merasa dapat sesuatu yang baru dalam kehidupan 

Coretan...sang kelip-kelip.....=)


Tuesday, 20 March 2012

Jejak Yang Hilang



Jejakku yang kehilangan,
Bagaikan bayu yang menembusi kalbu,
Berarak bersama mendung nan kelabu,
Mentari yang tersipu kemaluan,
Membentuk bebayang kerinduan,
Persis sinar yang terlindung,
Oleh gumpalan awan perasaan,

Kita,
Melakar sejarah yang berbeza,                                                    
Biarpun ku sentuh nalurimu,
Hakikatnya tetap nyata,
Cintamu bukan untukku,
Aku,
Mahu memadam episod yang anarki,
Mencari katarsis diri,
Agar aku dapat,
Memahat jejak sebelum bertapak,



Janganlah kau terjerat dengan perangkap masa,
Ketika usiamu merangkak senja,
Saat itu,
Wajah pucatmu,
Tidaklah secantik mana,
Akal kosongmu,
Tidaklah sebijak mana,
Badan kerdilmu,
Tidaklah segagah mana,





 Cantik lagi kafan yang menyelimutimu
Bijak lagi ulat yang merobekmu,
Gagah lagi malaikat yang membalunmu,
Ketika itu,
Secebis harapan yang lahir,
Umpama dedebu halus dalam tiupan angin. 










CORETAN-KU SANG KELIP-KELIP.....












Monday, 19 March 2012

Bila purnama mengambang.....


BiLa PuRNaMa MeNGaMBaNG

Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria

Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu

Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini kedepan bertanya berita


Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang
Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma

Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih
yang engkau janjikan kepadaku itu
tidak ikhlas

Inginku ketepikan
rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia
bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria

Yang lebih utama
terus membuktikan
kukuh kedudukan
usung kejayaan 



Bila purnama mengambang..merupakan salah satu lagu yang paling aku suka...aku suka lirik lagu dia yg begitu simple n bermakna. sebab aku pernah melaluinya. hahahahah....lagu ni merupakan salah satu lagu yg menaikkan semangat aku untuk terus berusaha melangkah ke depan tanpa menoleh kebelakang lagi. sekali kaki melangkah, aku xkan berpatah semula. kisah silam hanya menjadi sejarah n kenangan yang peling indah untuk di kenang.

hari ini kita berjuang demi sebuah penghidupan dengan penuh pengharapan agar hari esok bakal mendatang bersama harapan dan tinggalkan lah hari semalam telah menjadi sejarah silam...

Seram giler bebbbb......!


Menonton wayang bukanlah hobi aku namun malam tadi entah macam mana aku sendiri yang mengajak para kawan aku untuk ke panggung wayang untuk menonton cerita The Awakening.



Kisah berkaitan awek mencari hantu-hantu yang misteri.Sempat juga aku tertidur beberapa kali di dalam panggung kerana bosan.Kononnya horror tapi tak cukup horror buat aku.

Sudah menjadi trend para pembikin filem untuk membuat cerita hantu untuk dijadikan tatapan masyarakat masa kini.Sana hantu,sini pun hantu.Apa faedahnya?Faedah buat penonton mungkin tiada tapi buat mereka yang terlibat dengan pembikinan filem,janji masyuk.

Biarlah filem yang mereka hasilkan itu berkaitan unsur khurafat dan syirik,apa mereka peduli.Kutipan 5 juta ringgit untuk setiap filem yang baru sekali tayang itu yang mereka kejar.

Apa peranan lembaga penapisan filem?Banyak ja cerita-cerita yang ditayangkan di tv atau panggung wayang yang tidak ditapis.Contoh jelas,yang berunsur syirik,khurafat dan merosak akidah.Yang ditapis cuma adegan memasukan penis ke dalam vagina.Peluk cium?Tak tapislah..

Tak cukup melampau katanya.Bagi aku,memaparkan movie berunsur khurafat dan syirik lebih kurang sama teruknya dengan memaparkan movie unsur seks malah lagi dahsyat kerana melibatkan akidah.



Namun bagi rakyat malaysia ini khasnya,semakin seram, khurafat dan syirik,semakin tinggilah rating yang diberikan.Semakin kelakar,semakin penuhlah panggung wayang tersebut.

Jelas menunjukkan rakyat tempat kita ini lebih memilih untuk mengambil sesuatu yang sia-sia untuk dijadikan tempat untuk mencari ketenangan.

Yang menghairankan (tak hairan pun),yang paling ramai menonton cerita-cerita yang tak berapa nak meningkatkan iman ni ialah orang melayu yang sinonim dengan agama islam.uhuk..

Terfikir juga aku,kan best kalau movie yang berunsur azab kubur dan balasan dosa yang ditayangkan.Kisah betapa dahsyatnya neraka bagi pendosa yang tidak bertaubat.Kisah kebangkitan Islam ke..

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin,banyak ja peringatan yang boleh di ambil sedikit isinya untuk dijadikan movie.Barulah orang tau balasan dosa pinjam duit dari bank konvensional macam ni,dosa guna khidmat insuran konvensional macam tu,dosa suka berzina dan ingin dizinai macam ni,dosa tak keluarkan zakat macam tu.

 Yang paling best untuk ditayangkan mungkin balasan orang yang enggan membayar hutangnya.Hutang PTPTNlah contohnya.




Pinjam 35 ribu rm,tahun akhir join aktiviti yang dirasakan sebagai jihad untuk tegakkan kebenaran islam,kena penjara,gelap masa depan sebab dah kena blacklist.Nak bayar macam mana?

Ya,bantuan Allah kepada orang yang bantu agamaNya tapi betul ke kau betul-betul tolong agama Allah atau kau cuma ikut nafsu?Fikirkan sejenak..

Oklah,setakat itu untuk masa ni.Bersiap sedia untuk mencari rezeki dengan menangkap gambar tulang dan paru-paru di hujung minggu.Sekian,sayangi sekelian yang ada di bumi nescaya yang di langit akan sayang dan mendoakan kebaikan untuk anda.



Dalam Milo dan Sardin ada Katak dengan Cacing? BACA INI DULU!



Kat facebook tgh kecoh pasal ni.. Disebabkan aku suka milo, aku taknak percaya.. Apa pendapat saudara sekalian? ni aku copy paste sebijik2..



Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam… 
n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…