Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan
sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia
dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak
wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami.
Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita.
Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.
Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya
untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami
hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan
kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang
Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta suami di genggaman
tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan
tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan
sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.

Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
No comments:
Post a Comment