Terdapat sebuah cerita lama mengenai 2 ekor katak.Seekor diletakkan dalam periuk yang dipenuhi air mendidih- cuba teka apa yang berlaku? Tidak memeranjatkan, katak itu melompat keluar dengan pantas!Seekor katak yang bijak!
Seekor lagi diletakkan kedalam periuk dengan air yang sejuk sedikit demi sedikit dipanaskan perlahan-lahan. kemudian suhu dinaikkan sehingga tahap air mendidih. katak itu tidak sedar akan perubahan itu dan akhirnya mati di dalam air yang mendidih.
Cerita ini mengingatkan saya tentang persamaan kita dengan katak! Ramai di antara kita tidak sedar akan kemorosotan kualiti dalam hidup.
Jika kita mahu lakukan perubahan hidup,kita perlu mmebuat satu perubahan dalam satu masa yang berperingkat supaya ia tidak memberi tekanan yang menakutkan. Sudah tentu terdapat beberapa kebaikan dalam konsep ini. Tetapi, mungkin juga ada kebaikannya dalam idea menghumban diri kita ke dalam 'air yang mendidih supaya banyak perubahan dapat dilakukan dalam satu masa....FIKIR-FIKIRKAN LAH??//
No comments:
Post a Comment