Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat
diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada.
Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda
penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang
menyerikannya.
Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu
datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu
jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu
hanya wujud dalam bayangan.
Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan
cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh
terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang
diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.
Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah
hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam
hadis Qudsi Allah berfirman;
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak
tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak
menjadi sang terbang bebas lagak helang.
Cerita ini juga diambil dari I Luv U islam....Pada pendapat saya, setiap masalah, halangan, rintangan, dan kesusahan yang dihadapi oleh setiap ciptaan Allah, pasti ada jalan penyelesaian...janganlah kita mudah mengalah serta berputus asa, kerana setiap masalah ada hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment