Thursday, 22 March 2012

Yoga- senjata rahsia bagi mengatasi kesakitan







 
Siapa yang mahukan badan yang ramping, fleksibel, kuat, dan bebas dari kesakitan dan apakah yang anda ingin badan anda lakukan, bila anda ingin ia lakukan? sudah tentu hampir semua orang.

Tetapi mengapa ramai orang dalam masyarakat kita yang menderita kesakitan datau ketidakselesaan dan sendi mereka sakit dan menjadi tua sebelum waktunya. Dan mengapa sakit belakang menjadi masalah paling teruk???

Ini kerana kita tidak menggunakan sendi kita sepenuhnya dan kita tidak cukup menggerakkannya. Jadi otak kita tidak dapat mengawalnya dan menyebabkan otot kita terkejut, meregang dan menjadi ketat. Keseluruhan biomekanik di dalam sistem badan kita menjadi tidak terkawal. Ini akan menyebabkan ia terbuka untuk mendapat kecederaan.


Apa yang dapat kita lakukan mengenainya? YOGA. Itulah dapat kita lakukan! Sebelum anda berfikir, 'Oh tidak!' kali ini telah berhenti membaca, dengar dahulu kenapa saya mencadangkan perkara ini dalam kehidupan seharian, terutamanya kepada rakyat kita yang semakin matang. 

 Yoga bukanlah sesuatu yang aneh tetapi ia merupakan suatu bentuk senaman yang lembut menguatkan dan meregangkan badan anda.Ia tiada kaitan langsung dengan keagamaan. Anda boleh memakai seluar pendek biasa@ baju -T , seluar trek @ pakaian seperti ahli gimnastik. 

Tidak semestinya orang perempuan sahaja yang melakukan yoga! Ini cuma segelintir lelaki yang mengganggap senaman ini terlalu kolot untuk dilakukan, walaupun pada hakikatnya ia adalah senaman yang bertenaga dan paling berfaedah.


Antara sebab lain lelaki suka melakukan sukan lain ialah apabila mereka memasuki kelas yoga, mereka ngeri melihat badan menjadi kaku, lalu berhenti. SAUDARA... jangan lah begitu, teruskan melakukannya. Anda akan menjadi tenang dan takjub dengan keadaan anda sejauh mana permainan tennis dll. 

Anda boleh melakukan kelas permulaan,pertengahan atau sudah mahir dan lakukan atas kemampuan anda sendiri.


Oleh yang demikian, jika anda menderita sakit belakang, sakit tengkuk, sakit sendi, kekauan, atau berasa selesa dan ingin lebih dari itu, tingkatkan keupayan badan anda, bebaskan sendi anda dan dapatkan tenaga, berilah peluang untuk mencuba yoga. Anda perlu bekerja keras untuk beberapa bulan permulaan untuk memberi peluang tubuh anda meregang dan bertenaga kemudian anda dapat merasa dapat sesuatu yang baru dalam kehidupan 

Coretan...sang kelip-kelip.....=)


No comments:

Post a Comment